Salam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته         Email: kafabt14puchong@gmail.com

Selasa, Julai 02, 2013

Marhaban ya Ramadhan al Mubarak

Assalamualaikum semua,

Admin mohon maaf kerana telah agak lama tidak bersiaran di blog ini. Mohon agar lebih ramai yang memberikan input-input terutama berkisar perjalanan program dan pembelajaran di sekolah kita.

Menjelang Ramadhan yang bakal muncul pada dijangkakan pada 10 haribulan Ogos 2013 nanti, Admin mengucapkan Selamat Menyambut Ramdhan al-Mubarak dan mudah-mudahan Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya..Maaf Daripada Admin sekali lagi atas segala kelemahan yang ada.

Wassalam.

Ahad, Disember 26, 2010

Kemasukan 2011 ke Sekolah KAFA

Assalamualaikum WBT,

Untuk makluman semua, persekolahan bagi tahun 2011 bermula pada 3hb Jan 2011. Pihak sekolah akan membuka kaunter pada 2hb Jan 2011 bagi tujuan ibubapa untuk membuat pendaftaran dan membuat bayaran bagi tahun 2011. Bermula jam 9 pagi pada hari Ahad tersebut, ibu bapa bolehlah datang terus ke sekolah untuk urusan terbabit.

Juga pendaftaran untuk tahun 1 masih lagi dibuka dan tempat adalah terhad .

Sekian untuk makluman.

Khamis, September 23, 2010

Solat Hajat Untuk Pelajar Tahun 6 (PSRA) dan Tahun 5 (UPKK)

Assalamualaikum,

Sekolah KAFA Batu 14 dengan kerjasama Masjid Batu 14 Puchong akan mengadakan bacaan surah yaasin dan solat hajat di Masjid Batu 14 seperti di bawah:

Tarikh:  23/9/2010
Masa: Mulai solat Maghrib

Kehadiran ibubapa dan semua muslimin dan muslimat amatlah dihargai, semoga dengan ini kejayaan anak-anak diberkati dengan pencapaian yang cemerlang.

Wassalam

Sabtu, September 04, 2010

Cuti Persekolahan & Cuti Sempena Hari Raya Aidil Fitri

Kepada
Ibubapa / Penjaga yang dihormati,

Tuan/Puan,
Merujuk perkara di atas,
  1. Cuti persekolahan & cuti sempena Hari Raya Aidil Fitribermula pada 04/09/2010 - 19/9/2010.
  2. Sekolah akan dibuka semula pada 20/9/2010.
  3. Sila pastikan anak tuan/puan hadir ke sekolah seperti biasa
  4. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah Integrasi Al-Thaqafah mengucapkan:
  "SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN"

Sekian untuk makluman tuan/puan
Yang benar
Guru Besar