Salam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته         Email: kafabt14puchong@gmail.com

Ahad, Januari 31, 2010

Majlis Perjumpaan Ibubapa dan Pihak Sekolah KAFA Bt 14 Puchong




Alhamdulillah, pada hari ini 31hb Jan 2010, bertempat di dewan sekolah, seramai lebih kurang 90 orang ibu bapa telah hadir untuk majlis perjumpaan yang julung kalinya diadakan.
Tujuan perjumpaan diadakan adalah untuk mendapatkan maklumbalas dan pandangan daripada pihak ibubapa dan juga menjadi medan untuk pertukaran pendapat.

Hasil daripada perjumpaan hari ini adalah secara ringkas seperti berikut:-
1. Memorandum akan dibuat untuk dihantar ke pihak berwajib bagi mengambil tindakan ke atas gerai yang berada di tepi sekolah yang mana antara lain menjual barangan makanan yang didapati tidak berkhasiat dan juga menjual barangan mainan kepada terutamanya golongan sasaran iaitu murid-murid sekolah.Gerai itu juga telah mencacatkan lanskap sekolah dengan keadaan yang tidak teratur.

2. Ibu bapa berpendapat agar sekiranya yuran sekolah tidak dibayar, tindakan tegas seperti menggantung persekolahan pelajar perlu dilaksanakan setelah peringatan demi peringatan diberikan kepada ibu bapa.

3. Mengesyorkan agar diadakan gotong royong untuk membersihkan kawasan sekolah dan lanskap agar sekolah nampak lebih ceria dan mempunyai persekitaran yang cantik.

4. Cadangan supaya sekolah mengadakan tusyen untuk bahasa arab bagi bukan sahaja murid-murid tetapi juga untuk keseluruhan masyarakat amnya.

5. Cadangan supaya ibubapa menyumbang untuk pemakanan berkhasiat kepada pelajar-pelajar daripada membiarkan anak-anak membawa wang saku ke sekolah.

6. Cadangan supaya buku teks di kitar semula dengan menghantar ke sekolah kembali sekiranya buku-buku anak-anak tidak lagi digunakan (buku berkeadaan baik)untuk digunakan kembali dan juga bagi dilupuskan dengan secara baik (ayat-ayat Quran dsbnya).

Pihak sekolah dan PIBG mengucapkan syabas dan jutaan terima kasih kepada ibu bapa yang perihatin dan telah hadir ke majlis tersebut.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam..
sekadar menyampaikan cadangan dari Pn Shidah agar di adakan cabutan bertuah pd setiap perjumpaan tahunan dlm usaha menarik minat lebih ramai ibubapa utk menghadirkan diri, sebagaimana yg biasa dilakukan oleh suami beliau di sekolah2 kawasan Seputeh dan ianya terbukti berkesan.. harap dpt dipertimbangkan. t.kasih

KAFA Batu 14 Puchong berkata...

Terima kasih atas cadangan. Akan dipanjang-panjangkan.